Penghantaran Perabot Semenanjung Malaysia | Gaya Home

Order online | Deposit RM100 - RM500 | Delivery Semenanjung Malaysia
Penghantaran Perabot Ke Seluruh Semenanjung Malaysia
Gaya Home memudahkan pelanggan membeli sofa, dining set dan perabot rumah secara online. Pilih produk, sahkan detail melalui WhatsApp, bayar deposit minimum RM100 - RM500, kemudian pasukan kami akan susun penghantaran ke kawasan anda di Semenanjung Malaysia.
Pesan Online
Lihat katalog, pilih produk dan tanya pasukan kami sebelum sahkan tempahan.
Deposit RM100 - RM500
Deposit membantu secure order dan memulakan semakan stok, custom dan delivery.
Update WhatsApp
Pasukan kami akan berhubung melalui WhatsApp untuk pengesahan dan jadual penghantaran.
Kawasan Penghantaran
Penghantaran tersedia untuk kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Kawasan tidak termasuk: Langkawi, kawasan pulau-pulau, Genting Highlands dan Cameron Highlands.
Cara Membuat Tempahan
- Pilih produk perabot di laman web Gaya Home.
- Hubungi kami melalui WhatsApp untuk semak detail produk, warna, stok dan alamat.
- Sahkan tempahan dengan deposit minimum RM100 - RM500.
- Pasukan kami susun jadual penghantaran selepas pesanan disahkan.
- Perabot dihantar ke alamat anda mengikut susunan logistik.
Semak sebelum bayar deposit
Takut Scam? Ini Cara Verify Gaya Home
Kami faham pelanggan berhati-hati sebelum membeli perabot online. Sebelum bayar deposit, anda boleh semak maklumat rasmi Gaya Home melalui showroom fizikal, nombor WhatsApp rasmi di website ini, maklumat syarikat dan akaun bank yang digunakan untuk tempahan.
1. Semak Showroom Fizikal
Gaya Home mempunyai showroom di Sunway Mentari, Petaling Jaya untuk pelanggan lihat produk, cuba sofa dan semak fabric sebelum membuat tempahan.
2. Semak Syarikat
Nama syarikat: Gaya Home Furniture
SSM: 202401008909 (1554759-P)
3. Semak Akaun Bank
Bank: Maybank
Nama akaun: Gaya Home Furniture
No. akaun: 551427182334
Kenapa Tidak Perlu Bayar Penuh Awal?
Untuk kurangkan risiko pelanggan, Gaya Home hanya mengambil deposit RM100 - RM500 bergantung kepada produk dan susunan tempahan. Baki bayaran boleh dibuat semasa penghantaran melalui COD selepas perabot sampai ke alamat anda.
Cara Elak Tersalah Bayar
- Gunakan WhatsApp rasmi dari website Gaya Home untuk sahkan produk, warna, alamat dan delivery.
- Pastikan nama akaun bank ialah Gaya Home Furniture sebelum membuat bayaran deposit.
- Jangan buat bayaran penuh awal kepada akaun personal atau nombor yang tidak disahkan.
- Anda juga boleh semak aktiviti rasmi kami melalui Facebook, Instagram dan TikTok yang dipautkan di website.
Gaya Home disokong oleh operasi pembuatan perabot di Johor dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam sofa dan dining set. Tempahan akan disahkan oleh pasukan kami melalui WhatsApp, dan driver akan hubungi pelanggan sebelum sampai ke alamat penghantaran.
Produk Popular Untuk Delivery
Antara kategori yang sering ditempah pelanggan termasuk sofa dan sofa set, set meja makan, katil, tilam, kabinet TV dan perabot ruang tamu.
Soalan Lazim
Boleh beli online tanpa datang showroom?
Boleh. Anda boleh pilih produk di website dan sahkan detail dengan pasukan kami melalui WhatsApp.
Berapa deposit minimum?
Deposit minimum ialah RM100 - RM500, bergantung kepada produk dan susunan tempahan.
Adakah caj penghantaran sama untuk semua kawasan?
Caj dan jadual penghantaran bergantung kepada lokasi, jenis produk dan susunan logistik. Pasukan kami akan sahkan maklumat ini sebelum pesanan diteruskan.
Sedia Untuk Tempah Perabot?
Pilih perabot yang anda suka dan hubungi kami untuk semak delivery ke kawasan anda.